Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan menangani peningkatan kes disiplin ringan dalam kalangan murid Tahun 6 di SK Rantau Panjang, Klang, melalui intervensi berstruktur menggunakan aplikasi ‘Sahsiah Tracker’. Masalah kelewatan hadir, tidak menyiapkan tugasan dan kurang fokus semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dikenal pasti sebagai isu utama yang menjejaskan suasana bilik darjah dan pencapaian murid. Pelaksanaan intervensi ini melibatkan pemantauan tingkah laku secara harian, refleksi kendiri oleh murid, serta penglibatan aktif guru dan ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan penurunan kadar kes disiplin ringan, peningkatan kesedaran kendiri murid, dan pengukuhan komunikasi rumah-sekolah. Secara tidak langsung, kajian ini menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-4: Pendidikan Berkualiti, khususnya sasaran 4.1 dan 4.7 yang menekankan akses kepada persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta pembentukan nilai sejagat seperti tanggungjawab dan disiplin diri. Selain itu, pelibatan komuniti melalui kerjasama dengan ibu bapa mencerminkan sokongan terhadap SDG ke-17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat. Intervensi yang dijalankan membuktikan bahawa pemantauan sistematik berasaskan nilai mampu memupuk sahsiah murid secara konsisten dan holistik. Implikasinya, pendekatan berasaskan data dan kolaborasi pelbagai pihak ini berpotensi menyumbang ke arah sistem pendidikan yang lebih lestari dan berkesan, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan agenda pendidikan global.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Yusoff, Hasmawi UNSPECIFIED Samsuddin, Ismail UNSPECIFIED Zolkaflee, Zuraidawati UNSPECIFIED Sainan, Shamsuri UNSPECIFIED Maasom, Mohamad Muzafar UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators > Observation (Educational methods) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
| Journal or Publication Title: | The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding |
| Event Title: | The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025 |
| Event Dates: | 20th August 2025 |
| Page Range: | pp. 701-705 |
| Keywords: | Open and distance learning, continuance intention, content validity index |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126034 |
