Abstract
Masalah pencemaran plastik semakin membimbangkan kerana menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca yang mempercepatkan perubahan iklim. Namun begitu, murid sekolah rendah masih kurang didedahkan kepada konsep jejak karbon dan kaitannya dengan sisa plastik harian. Bagi menangani isu ini, aplikasi digital RePlasPro Carbon Tracker telah dibangunkan bagi membantu pengguna merekod kutipan plastik dan mengira pengurangan jejak karbon dalam unit karbon dioksida bersamaan (CO₂e). Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kebolehgunaan aplikasi di kalangan murid tahun 4-6 dan guru di SK Rantau Panjang dengan menggunakan instrumen System Usability Scale (SUS). Seramai 200 orang responden telah terlibat selama 6 bulan. Proses penilaian dijalankan selepas murid menggunakan aplikasi dalam aktiviti pengumpulan dan pelaporan data kitar semula plastik. Dapatan menunjukkan min skor SUS ialah 94.3, yang berada dalam kategori tahap kebolehgunaan yang sangat baik. Responden menyatakan aplikasi ini berkesan, cekap, serta memenuhi keperluan pengguna. Ia juga relevan untuk meningkatkan kefahaman tentang kesan karbon dalam pendidikan alam sekitar. Kajian ini menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat. Hasil kajian menunjukkan potensi aplikasi ini untuk dikembangkan penggunaannya dalam pendidikan karbon secara lebih sistematik dan berimpak
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Arafat Paramanandam, Sunita Devi UNSPECIFIED Abd Razak, Nurul Saqinah UNSPECIFIED Mahazir, Nur Yasmin UNSPECIFIED Samsudin, Ismail UNSPECIFIED Mat Yusoff, Hasmawi UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Problem-based learning L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Educational research. Regional educational laboratories. |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
| Journal or Publication Title: | The International Competition on Sustainable Education 2025 E-Proceeding |
| Event Title: | The Fourth International Competition on Sustainable Education 2025 |
| Event Dates: | 20th August 2025 |
| Page Range: | pp. 692-697 |
| Keywords: | Karbon Dioksida Setara (CO₂e), jejak karbon, kitar semula, Aplikasi RePlasPro carbon tracker, System Usability Scale (SUS) |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126030 |
