Abstract
Masalah peningkatan timbunan bahan-bahan terbuang masih tidak dapat dibendung lagi. Timbunan bahan-bahan terbuang telah meningkatkan kadar peratusan pencemaran alam sekitar. Rekaan projek inovasi „Smart Chair‟ multifungsi sebagai ruang istirehat yang selesa, tahan lasan dengan dilengkapi tempat simpanan bahan bacaan mudah capai adalah jalan terbaikdalam menyelesaikan masalah tersebut. Melalui projek ini, bahan-bahan terbuang dapat ditukar menjadi sesuatu baru yang mempunyai nilai tinggi, menjana pendapatan dan berpotensi besar untuk dipasarkan. Projek ini menggunakan 80 peratus bahan-bahan kitar semula seperti botol-botol air mineral dan air bikarbonat serta kayu terpakai yang mudah didapati dipersekitaran. „Smart Chair‟ mudah alih ini amat sesuai diletakkan di kawasan yang menjadi tumpuan warga sekolah seperti di kantin, dewan terbuka dan ruang menunggu. „Smart Chair‟ mampu mengubah kawasan persekitaran menjadi lebih ceria dan menarik minat warga sekolah memanfaatkan masa lapang dengan budaya membaca. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, kemudahan „Smart Chair‟ mampu disediakan di setiap kawasan tumpuan warga sekolah. Projek ini dapat meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah supaya menghargai, memanfaatkan dan berdaya kreatif dalam mengguna pakai bahan tidai bernilai daripada terbiar begitu sahaja.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Mohd Nasir UNSPECIFIED Redzuan, Muhammad Nur Arif UNSPECIFIED Asmadi, Aryana Sofea UNSPECIFIED Muhammad Zahid, Zahirah Auni UNSPECIFIED Mohamad Tarmizi, Nurin Amani Syauqina UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering > Product design. Industrial design T Technology > TS Manufactures > Furniture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Page Range: | p. 17 |
| Keywords: | Multifungsi, Mengubah persekitaran, dan Budaya membaca |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123771 |
