Abstract
Pendidikan agama berperanan dalam melahirkan cendekiawan Islam. Justeru, keujudan Keujudan Pusat Pengajian Pondok (PPP) Kg Telong Kandis Bachok Kelantan, sebagai sebuah pondok moden yang bertujuan untuk melahirkan ulamak bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada pendidikan Islam hari ini..Soalnya, sejauhmanakah Pondok ini telah berjaya melahirkan ulamak? Apakah hambatan dan apakah pula faktor-faktor yang menyumbang kepada kekuatan dan kelemahan pusat pengajian ini jikalau ditinjau dalam konteks sosio-ekonomi negara? Oleh itu, kajian ini cuba melihat persoalan-persoalan ini dengan menggunakan persepsi dan pengalaman pelajar sebagai indikator disamping maklumat daripada 'secondary data'. Kajian ini melibatkan 56 sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir dan lepasan Pusat Pengajian Pondok (PPP) Kampung Telong Kandis. 35 orang daripada jumlah responden tersebut adalah pelajar lepasan pusat pengajian ini sementara 21 orang adalah pelajar tahun akhir yang masih mengikuti pengajian. Hasil kajian, secara umumnya PPP boleh dikatakan telah berjaya mencapai objektif utama penubuhannnya iaitu untuk melahirkan ulamak. Hakikat pencapaian ini adalah jelas kerana semua responden telah menamatkan pengajian kitab-kitab muktabar, Iebih 80% responden terlibat dalam profession perguruan dalam menyebar syiar Islam dan Iepasan pusat pengajian pondok ini boleh menyambung ke tahun tiga pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Namun, beberapa hambatan seperti soal pengiktirafan, kekurangan tenaga pengajar, kurang kemahiran dalam bidang perkomputeran dan Bahasa lnggeris serta pulangan ekonomi yang kurang memberansangkan adalah di antara aspek-aspek yang perlu diperbaiki demi untuk meninggikan imej PPP. Oleh itu, kajian ini mencadangkan supaya kualiti pusat pengajian ini ditingkatkan.
Metadata
| Item Type: | Research Reports |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tuan Hassan, Y.M. Tuan Mohd Rosli UNSPECIFIED Wan Mamat, Wan Fauzi UNSPECIFIED Hassan, Yasmin UNSPECIFIED Hassan, Rus Sanani @ Asiah UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia > Kelantan |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
| Keywords: | Islamic religious education, Malaysia, Pondok (Islamic schools) |
| Date: | 2002 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123379 |
Download
123379.pdf
Download (2MB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
123379
Indexing
