Meneroka pengaruh gaya kepimpinan terhadap motivasi kakitangan: satu kajian kes / Saeidah Jantan ... [et al.]

Jantan, Saeidah and Yazid, Zaleha and Ismail, Maymunah and Jantan, Halimah and Saharum, Nurul Masyitah Syahirah (2025) Meneroka pengaruh gaya kepimpinan terhadap motivasi kakitangan: satu kajian kes / Saeidah Jantan ... [et al.]. Borneo Akademika, 9 (1). pp. 95-110. ISSN 2735-2250

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk meneroka pengaruh gaya kepimpinan terhadap motivasi kakitangan akademik dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Tujuan utama kajian dijalankan untuk meneroka apakah gaya kepimpinan yang dipraktikkan di sebuah Universiti Awam (UA) terhadap motivasi kakitangan yang dipimpin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneliti pengaruh gaya kepemimpinan terhadap motivasi kakitangan akademik di UA menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai sepuluh (10) orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik yang telah berkhidmat di UA. Manakala analisis pengumpulan data pula menggunakan kaedah tematik secara manual. Dapatan kajian yang dijalankan telah mengenalpasti dua (2) jenis gaya kepimpinan yang dilaksanakan di UA ialah gaya kepimpinan autokratik dan demokratik. Hasil penemuan menunjukkan bahawa kepimpinan demokratik lebih efektif, kerana ia melibatkan perbincangan terbuka dan keputusan bersama yang secara langsung meningkatkan motivasi dan prestasi kakitangan. Sebaliknya, kepimpinan autokratik dikaitkan dengan motivasi yang rendah. Justeru, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh gaya kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan motivasi kakitangan. Secara keseluruhannya, aspek motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi, yang mana gaya kepimpinan yang diterapkan oleh institusi tersebut memberi kesan yang signifikan terhadap tahap motivasi kakitangan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jantan, Saeidah
UNSPECIFIED
Yazid, Zaleha
UNSPECIFIED
Ismail, Maymunah
UNSPECIFIED
Jantan, Halimah
UNSPECIFIED
Saharum, Nurul Masyitah Syahirah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Employee motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Borneo Akademika (BA)
ISSN: 2735-2250
Volume: 9
Number: 1
Page Range: pp. 95-110
Keywords: Pengaruh Gaya Kepimpinan, Motivasi Kakitangan Akademik, Gaya Kepimpinan Demokratik, Gaya Kepimpinan Autokratik
Date: June 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119005
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119005.pdf] Text
119005.pdf

Download (337kB)

ID Number

119005

Indexing

Statistic

Statistic details