Kesedaran pengguna di Malaysia terhadap produk berasaskan logo halal / Nurshafika Zulkarnainan … [et al.]

Zulkarnainan, Nurshafika and Rosli, Nur Anisah and Jamali, Fatin Nazura and Md Zulazli, Nur Aina Afieqah and Misba, Nor Tasik (2025) Kesedaran pengguna di Malaysia terhadap produk berasaskan logo halal / Nurshafika Zulkarnainan … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 7 (1). pp. 1-11. ISSN 2590-3942

Abstract

Logo halal merupakan salah satu komponen yang penting dalam urusan jual beli dalam kalangan Muslim kerana ia menjadi penunjuk bahawa produk yang dikeluarkan telah memenuhi syarat-syarat dan syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Usul untuk permohonan dan penggunaan logo halal ini adalah sangat bernas, kerana ia menunjukkan bahawa pembeli yang beragama Islam semakin mementingkan status halal sesuatu produk bagi mengelakkan mereka daripada membeli produk yang tidak halal secara tidak sengaja. Namun begitu, masih ada sesetengah daripada masyarakat yang masih tidak cakna tentang kepentingan logo halal ini dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka juga menganggap bahawa status halal hanya tertakluk kepada makanan sahaja, walhal ia juga merangkumi produk lain seperti produk kosmetik, produk penjagaan muka dan ubat-ubatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesedaran pengguna di Malaysia terhadap produk berasaskan logo halal, dan seberapa banyak mereka bergantung kepada logo halal dalam urusan jual beli. Kajian ini dijalankan berdasarkan tinjauan dan juga rujukan daripada jurnal terdahulu, laporan, artikel, petikan berita dan sebagainya. Tinjauan ini dilakukan secara umum tanpa menyasarkan mana-mana kumpulan pengguna yang khusus di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkarnainan, Nurshafika
2022876604@student.uitm.edu.my
Rosli, Nur Anisah
2022458566@student.uitm.edu.my
Jamali, Fatin Nazura
2022822082@student.uitm.edu.my
Md Zulazli, Nur Aina Afieqah
2022841706@student.uitm.edu.my
Misba, Nor Tasik
nortasik@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition > Awareness
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Food industry and trade. Halal food industry. Certification
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 7
Number: 1
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Halal; logo halal; JAKIM
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114610
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114610.pdf] Text
114610.pdf

Download (529kB)

ID Number

114610

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details