Transkrip wawancara bersama Puan Kasmarina binti Ismail pengilang dan usahawan sate lokcing / Nur Afiqah Syahira Md Usoff and Nuzul Hudda Najihah Mesman

Md Usoff, Nur Afiqah Syahira and Mesman, Nuzul Hudda Najihah (2024) Transkrip wawancara bersama Puan Kasmarina binti Ismail pengilang dan usahawan sate lokcing / Nur Afiqah Syahira Md Usoff and Nuzul Hudda Najihah Mesman. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi rakaman temubual bersama pemilik pengilang dan usahawan dalam bidang perniagaan makanan seperti sate ikan yang juga dikenali sebagai lokcing iaitu Puan Kasmarina Binti Ismail bagi berkongsi biografi beliau serta perjalanan beliau sebagai pengilang dan pengusaha bagi Makanan Tradisional: Lokcing Ikan. Sesi temubual ini diadakan secara bersemuka pada tarikh 08 Jun 2024 bertempat di Pengilang Sate Lokcing, Lokcing Harina, Jalan Gong Manok, 2300 Pasir Puteh, Terengganu, Malaysia. Temubual ini bermula jam 08.00 pagi sehingga 3.30 petang dan berjalan selama 01:21:10. Soalan temubual dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama merupakan bahagian berasaskan orientasi berkenaan pengenalan diri, keluarga dan pendidikan. Bahagian kedua berkenaan dengan sejarah lokcing dan pengalaman beliau dalam bidang pembuatan dan penjualan sate lokcing. Manakala, bahagian ketiga pula menceritakan mengenai pengalaman kerjaya, sumbangan, cabaran, harapan dan pencapaian bagi Puan Kasmarina Binti Ismail atau lebih mesra di panggil sebagai Kak Na yang mula berjinak dalam memulakan perniagaan dengan menjual lokcing pada tahun 2016, dan sejak tahun 2018 Kak Na mula menjual sate lokcing menggunakan resepinya sendiri sehingga kini. Melalui projek sejarah lisan ini, generasi muda boleh membuat rujukan mengenai pengilang dan usahawan Makanan Tradisional: Sate Ikan dengan lebih lanjut dan mendalam dalam bidang Industri Makanan Tradisional Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112437.pdf]
Text
112437.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics