Kerangka keselamatan makanan dalam kalangan perusahaan kecil berteraskan maqasid hifz nafs / Khairul Effendi Hashim

Hashim, Khairul Effendi (2024) Kerangka keselamatan makanan dalam kalangan perusahaan kecil berteraskan maqasid hifz nafs / Khairul Effendi Hashim. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Keselamatan makanan merupakan salah satu elemen penting yang melibatkan kepenggunaan iaitu proses pembuatan sesuatu produk. Keselamatan makanan dikategorikan dalam elemen tayyiban yang merangkumi kebersihan, keselamatan dan kualiti bertujuan mencapai objektif pensyariatan hukum yang disebut sebagai maqasid syariah. Mengaplikasi keselamatan dalam proses pembuatan makanan sangat penting bagi menjamin keselamatan nyawa pengguna daripada kemudaratan. Konsep maqasid hifz nafs merupakan salah satu konsep yang terdapat dalam maqasid syariah memainkan peranan penting dalam memelihara kepentingan pengguna melalui proses pembuatan makanan yang dijalankan oleh pengusaha dalam kalangan perusahaan kecil. Perkembangan positif sektor pembuatan makanan menjadikan elemen keselamatan sangat dititikberatkan sepanjang proses pembuatan dijalankan. Kajian ini mencadangkan kerangka keselamatan makanan dalam kalangan perusahaan kecil berteraskan maqasid hifz nafs bertujuan untuk memantapkan prinsip memelihara kebersihan, keselamatan dan kualiti dalam perniagaan yang dijalankan. Gabungan antara maqasid hifz nafs dan dokumen pensijilan keselamatan makanan yang dipraktikkan oleh pengusaha dapat memelihara tubuh dan menjamin kesihatan pengguna bermula daripada penyediaan bahan mentah hingga produk sedia untuk dimakan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif menggunakan metode analisis dokumen dan temubual semi berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa, kerangka keselamatan makanan berteraskan maqasid hifz nafs dapat memperkasa amalan keselamatan yang dipraktikkan dalam kalangan pengusaha. Cadangan kerangka tersebut dapat dijadikan panduan oleh pengusaha supaya selari dan konsisten bertujuan memelihara nyawa pengguna

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Khairul Effendi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohammad, Nasharuddin
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master of Contemporary
Keywords: kerangka keselamatan makanan dalam kalangan perusahaan kecil berteraskan maqasid hifz nafs bertujuan untuk memantapkan prinsip memelihara kebersihan, keselamatan dan kualiti dalam perniagaan yang dijalankan.
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106978
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 106978.pdf] Text
106978.pdf

Download (280kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

106978

Indexing

Statistic

Statistic details