Kaedah berinteraksi dengan Al- Sunnah yang bertentangan dengan realiti semasa berdasarkan prinsip Dr. Yusuf Al-Qaradawi / Jamalia Aurani, Wan Naimah Wan Daud, Ahmad Termizi Lateh, Noor Azura Zainuddin

Aurani, Jamalia and Wan Daud, Wan Naimah and Lateh, Ahmad Termizi and Zainuddin, Noor Azura (2011) Kaedah berinteraksi dengan Al- Sunnah yang bertentangan dengan realiti semasa berdasarkan prinsip Dr. Yusuf Al-Qaradawi / Jamalia Aurani, Wan Naimah Wan Daud, Ahmad Termizi Lateh, Noor Azura Zainuddin. Jurnal Intelek, 6 (2). pp. 177-186. ISSN 2682-9223

Abstract

Asas aqidah setiap individu muslim wajib berpegang kepada dua sumber perundangan iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Al-Sunnah merangkumi segala bentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah SAW dalam menerangkan nas-nas al-Quran yang kurang jelas dengan penambahan pengajaran dan hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran. Namun demikian, dewasa ini semakin ramai umat Islam yang kurang memahami, mempelajari dan menghayati apa yang terkandung dalam al-Sunnah yang sepatutnya dijadikan sumber rujukan utama dalam menyelesaikan pelbagai masalah hukum yang timbul di kalangan umat Islam. Sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan logik akal dan nafsu untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku. Kesannya,hari ini kita dapat melihat berapa ramai umat Islam yang terpesong dari landasan keimanan disebabkan ceteknya pemikiran mereka kerana meminggirkan syariat Islam sebagai proksi kegemilangan ketamadunan ummah. Di samping itu, telah lahir golongan-golongan yang tidak mempercayai hadith atau Sunnah Rasulullah SAW yang boleh membawa kepada kekafiran seseorang. Justeru itu, penulisan ini diketengahkan untuk membincangkan kaedah untuk berinteraksi dengan al-Sunnah berasaskan pemikiran cendikiawan Islam yang terulung iaitu Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang merupakan salah seorang mujtahid Islam kontemporari. Kesimpulannya, diharap penulisan ini membantu masyarakat Islam untuk mendaulatkan kembali al-Sunnah sebagai sumber utama perundangan Islam dalam menyelesaikan pelbagai masalah ummah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Aurani, JamaliaUNSPECIFIED
Wan Daud, Wan NaimahUNSPECIFIED
Lateh, Ahmad TermiziUNSPECIFIED
Zainuddin, Noor AzuraUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
Journal: UiTM Journal > Jurnal Intelek
ISSN: 2682-9223
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 177-186
Official URL: https://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main
Item ID: 33746
Uncontrolled Keywords: Interaksi, Sunnah, Prinsip
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33746

Download

[img] Text
33746.pdf

Download (312kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year