Kesan pengangkutan LRT (Transit Laju Ringan) terhadap mobiliti penduduk bandar (kes kajian: Kuala Lumpur) / Maimoon Zainal

Zainal, Maimoon (1998) Kesan pengangkutan LRT (Transit Laju Ringan) terhadap mobiliti penduduk bandar (kes kajian: Kuala Lumpur) / Maimoon Zainal. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Skop kajian bagi projek ini akan meninjau, mengkaji dan menganalisis tentang sistem pengangkutan moden LRT yang bertindak memainkan peranan penting sebagai salah satu penggunaan peralatan tercanggih dalam sistem perhubungan pada masa kini. Untuk itu, keberkesanan teknologi moden tersebut akan diambilkira dan dipertimbangkan dalam menyusun semula corak pembangunan infrastruktur yang terancang lebih-lebih lagi dalam mengawal pertumbuhan bandar yang semakin pesat membangun terutamanya di Kuala Lumpur. Tumpuan akan diberikan kepada corak mobiliti penduduk bandar dalam melaksanakan kehidupan seharian melalui penggunaan pelbagai jenis/bentuk pengangkutan awam yang ada. Segala perancangan yang strategik untuk mengemaskinikan konsep perbandaran dan kemudahan infrastruktur pengangkutan awam ini hendaklah berlandaskan kepada keperluan piawaian dari pihak perancangan bandar. Kehendak-kehendak dan syarat-syarat tertentu dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa akan cuba diselaraskan dengan apa yang dipraktikkan pada masa ini bagi mencapai kepentingan serta matlamat pembangunan yang berwawasan. Untuk tujuan itu, Bandaraya Kuala Lumpur sendiri akan dijadikan model tinjauan dan kajian kepada idea penulisan bagi mendapatkan maklumat yang lengkap. Sistem teknologi moden pengangkutan yang digunakan dalam merealisasikan kemodenan bandar yang terancang akan dijadikan sebagai panduan untuk membuat kesimpulan terhadap galakan kepada pertumbuhan bandar. Faktor-faktor yang diambilkira adalah dari segi keberkesanannya iaitu kesan terhadap mobiliti atau pergerakan penduduk dalam pertumbuhan bandar dan kesan terhadap sosio-ekonomi serta alam sekitar. Dalam pada itu juga, segala pemasalahan yang dihadapi oleh pihak pengurusan sistem pengangkutan awam terutamanya LRT serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa akan dibincangkan dengan terperinci di helaian-helaian tertentu kelak. Di akhir bab pula, akan dicantumkan segala tinjauan dan methodologi melalui kajian yang telah dihasilkan serta ulasan beberapa pendapat di kalangan pihak-pihak yang terlibat seperti pihak Unit Perancang Ekonomi (JPM), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Pengangkutan, pandangan orang ramai dan sebagainya.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal, Maimoon
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Management of engineering works
T Technology > TH Building construction > Construction by phase of the work (Building trades)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Interior Design; Transit Laju Ringan
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24235
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_MAIMOON ZAINAL AP 98_5.pdf] Text
TD_MAIMOON ZAINAL AP 98_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24235

Indexing

Statistic

Statistic details