Menangani tekanan emosi model al-Quran / Siti Aisyah Yusof …[et al.]

Yusof, Siti Aisyah and Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami and Hussain, Salmah and Mohd Sidek, Noor Zahirah (2013) Menangani tekanan emosi model al-Quran / Siti Aisyah Yusof …[et al.]. Research Reports. Research Management Institute, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_SITI AISYAH BINTI YUSOF IRMI K 13_5.pdf

Download (494kB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis kandungan surah Maryam yang berkaitan dengan cara menangani tekanan emosi wanita hamil. Kajian tersebut memfokuskan ayat 21 hingga 26 dalam Surah Maryam. Kajian ini mengkaji pandangan Islam terhadap masalah tekanan emosi dan kaedah menanganinya dengan menjadikan kisah Saidatina Maryam sebagai model menangani tekanan emosi. Dalam kajian ini, penulis menggunakan kajian perpustakaan. Data diperolehi berdasarkan sumber al-Quran sebagai sumber utama, kitab-kitab tafsir, hadis dan juga dari buku-buku ilmiah serta jurnal yang berkaitan. Penganalisaan data dilakukan melalui metode kualitatif terhadap dokumen- dokumen yang berkaitan khususnya dengan meneliti kandungan surah Maryam menerusi kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para ulama' muktabar. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa panduan pengurusan emosi yang berkesan yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Maryam. Berdasarkan penelitian tersebut, masalah emosi yang dihadapi oleh seseorang dapat ditangani dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT iaitu dengan memperkuat keimanan dan berserah diri kepada ketentuan Allah SWT. Surah tersebut juga menekankan beberapa elemen penting untuk menyelesaikan konflik emosi. Elemen pertama ialah penekanan pemikiran positif dengan mendekatkan diri kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku merupakan ketentuan Allah dan mempunyai hikmah di sebaliknya. Kedua, Islam menekankan aspek rohani iaitu mendidik rohani untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan puasa dan menjaga percakapan. Elemen ketiga ialah penjagaan aspek fizikal melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, mewujudkan persekitaran yang sesuai dan penghayatan keindahan alam. Kajian ini dapat menyingkap beberapa panduan dalam Surah Maryam bagi menangani tekanan emosi wanita hamil. Dapatan kajian ini dapat memberi input ke arah mempraktikkan al-Quran sebagai penawar kepada masalah tekanan emosi manusia.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Yusof, Siti AisyahUNSPECIFIED
Mohd Taher, Muhammad Saiful IslamiUNSPECIFIED
Hussain, SalmahUNSPECIFIED
Mohd Sidek, Noor ZahirahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 22505
Uncontrolled Keywords: Menangani tekanan emosi; Al-Quran
Last Modified: 13 Feb 2019 07:08
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22505

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year