Ke arah melahirkan konsep fiqh muzium di Malaysia: satu pengenalan.

Kahal, Siti Maimunah and Opir, Hajar and Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Yahaya, Amiratul Munirah and Abdullah, Wan Yusnee and Mahaiyadin, Mohd Hapiz (2023) Ke arah melahirkan konsep fiqh muzium di Malaysia: satu pengenalan. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 5 (2). pp. 109-124. ISSN 2590-3942
Abstract

Dewasa ini, muzium telah menjadi salah satu institusi sosio-ekonomi dan intelektual terpenting dalam masyarakat. Hal ini terbukti dengan wujudnya konsep kluster muzium iaitu muzium telah menjadi penjana ekonomi dalam bentuk ‘Cultural Tourism’ bagi sesebuah negara. Ia telah mendorong setiap negara dunia menubuhkan kementerian pelancongan yang tersendiri. Di sebalik fenomena ini dunia intelektual Islam belum mempunyai garis panduan atau fiqh muzium yang boleh memandu falsafah dan modus operandi muzium. Ia berpotensil menjadi jawapan atau pembimbing Islam untuk dunia permuziuman. Jadi, kajian ini menggunakan metod kualitatif berasaskan analisis dokumen dan deskriptif membabitkan sumber primer dan sekunder daripada koleksi keilmuan Islam. Kajian ini telah menghasilkan beberapa perkara utama. Pertama, keterangan tentang fiqh muzium dan rasionaliti diwujudkan fiqh muzium. Kedua, metodologi pembentukan fiqh muzium. Akhirnya ketiga, pendekatan wasatiyah dalam membentuk konsep fiqh muzium.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 99933.pdf]
Text
99933.pdf
Download (447kB)
Indexing & Metrics