Abstract
Dewasa ini, muzium telah menjadi salah satu institusi sosio-ekonomi dan intelektual terpenting dalam masyarakat. Hal ini terbukti dengan wujudnya konsep kluster muzium iaitu muzium telah menjadi penjana ekonomi dalam bentuk ‘Cultural Tourism’ bagi sesebuah negara. Ia telah mendorong setiap negara dunia menubuhkan kementerian pelancongan yang tersendiri. Di sebalik fenomena ini dunia intelektual Islam belum mempunyai garis panduan atau fiqh muzium yang boleh memandu falsafah dan modus operandi muzium. Ia berpotensil menjadi jawapan atau pembimbing Islam untuk dunia permuziuman. Jadi, kajian ini menggunakan metod kualitatif berasaskan analisis dokumen dan deskriptif membabitkan sumber primer dan sekunder daripada koleksi keilmuan Islam. Kajian ini telah menghasilkan beberapa perkara utama. Pertama, keterangan tentang fiqh muzium dan rasionaliti diwujudkan fiqh muzium. Kedua, metodologi pembentukan fiqh muzium. Akhirnya ketiga, pendekatan wasatiyah dalam membentuk konsep fiqh muzium.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kahal, Siti Maimunah sitimaimunahkahal@gmail.com Opir, Hajar UNSPECIFIED Abdul Rahim, Rahimin Affandi UNSPECIFIED Yahaya, Amiratul Munirah UNSPECIFIED Abdullah, Wan Yusnee UNSPECIFIED Mahaiyadin, Mohd Hapiz UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) |
UiTM Journal Collections: | Listed > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF) |
ISSN: | 2590-3942 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 109-124 |
Keywords: | Fiqh muzium; ICOM; Artifak; Wasatiyyah; Ekstremisme |
Date: | September 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99933 |