Adaptasi elemen filantropi dalam kerangka kerja hospital patuh syariah: kajian di Hospital Pakar An-Nur, Bangi / Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Hamidah Mat dan Norazzila Shafie

Wan Ab Rahaman, Wan Mohd Al Faizee and Mat, Hamidah and Shafie, Norazzila (2023) Adaptasi elemen filantropi dalam kerangka kerja hospital patuh syariah: kajian di Hospital Pakar An-Nur, Bangi / Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Hamidah Mat dan Norazzila Shafie. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 5 (2). pp. 12-23. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Abstract

Perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh hospital patuh syariah untuk memastikan pencapaian maqasid syariah (objektif di sebalik pensyariatan hukum). Selaras dengan objektif pensyariatan, elemen kebajikan melalui aktiviti filantropi mula mendapat perhatian dari kalangan sarjana Islam terutama apabila hospital patuh syariah sudah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun, perkhidmatan hospital patuh syariah yang kebanyakannya adalah berasaskan swasta telah menghadkan penyediaan perkhidmatan kepada golongan tertentu sahaja. Tambahan pula, sorotan awal terhadap kerangka kerja pelaksanaan hospital patuh syariah Hospital Pakar An-Nur mendapati elemen kebajikan dan aktiviti filantropi tidak digariskan secara jelas. Justeru, kajian ini akan menganalisis kerangka kerja pengoperasian Hospital Pakar An-Nur dengan tujuan mengenalpasti elemen-elemen kebajikan dalam perkhidmatannya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan kepada kajian kepustakaan dan temubual mendalam semi berstruktur bersama pemegang taruh yang berkaitan. Hasil kajian ini telah mencadangkan pengwujudan elemen kebajikan melalui aktiviti-aktiviti filantropi dalam kerangka kerja pelaksanaan hospital patuh syariah. Dapatan kajian turut mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada pemerkasaan elemen kebajikan dalam pelaksanaan hospital patuh syariah yang selaras dengan matlamat pelaksanaannya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Ab Rahaman, Wan Mohd Al Faizee
alfaizee@uitm.edu.my
Mat, Hamidah
hamidah_mat@oum.edu.my
Shafie, Norazzila
norazzila@oum.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 12-23
Keywords: Filantropi; Kebajikan; Sedekah; Patuh syariah; Wakaf
Date: September 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99907
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 99907.pdf] Text
99907.pdf

Download (493kB)

ID Number

99907

Indexing

Statistic

Statistic details