Transkrip temubual bersama puan Hajah Rohana binti Abdul Rahman, Tokoh Kraf Negara 2020 mengenai pengalaman beliau dalam bidang seramik / Siti Nur Sarah Juhar and Syafiqah Najihah Jamali

Juhar, Siti Nur Sarah and Jamali, Syafiqah Najihah (2021) Transkrip temubual bersama puan Hajah Rohana binti Abdul Rahman, Tokoh Kraf Negara 2020 mengenai pengalaman beliau dalam bidang seramik / Siti Nur Sarah Juhar and Syafiqah Najihah Jamali. Oral History Report. Universiti Teknologi Mara, Selangor. (Unpublished)

Abstract

Malaysia memiliki seni kesenian dan kebudayaan, termasuklah warisan seni kraf seramik di mana ia telahpun wujud sejak kerajaan Melayu lama. Terdapat pelbagai teknik dan bentuk kreativiti dalam penghasilan karya seni seramik. Lazimnya akan dikaitkan dengan konsep keindahan dan fungsi seramik itu sendiri. Seni kraf seramik wujud dalam pelbagai bentuk dan fungsi. Penekanan kepada elemen corak yang menarik telah menjadikan kraf seramik sebagai produk yang kreatif dan berkualiti tinggi. Kelestarian nilai-nilai unik menjadi pemangkin kepada pembangunan industri seni kraf seramik itu sendiri untuk terus berada di persada dunia yang lebih baik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat di negara ini mahupun di negara luar tentang kepelbagaian dan keunikan pembuatan seni kraf seramik di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah sejarah lisan bersama penggiat dan pengusaha seramik yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang seramik ini. Kajian ini juga menggunakan kaedah analisa dokumen untuk mendapatkan maklumat tambahan untuk menyokong tujuan utama kajian ini. Hasil penyelidikan ini menggambarkan proses penghasilan seramik dan cabaran-cabarannya.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Juhar, Siti Nur Sarah
2018867984
Jamali, Syafiqah Najihah
2018635252
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Seni kraf, sejarah lisan, seramik
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98659
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 98659.pdf] Text
98659.pdf

Download (8MB)

ID Number

98659

Indexing

Statistic

Statistic details