Pemanfaatan video YouTube dan video TikTok dalam pembelajaran Bahasa Arab / Norshida Hashim and Syahirah Almuddin

Hashim, Norshida and Almuddin, Syahirah (2024) Pemanfaatan video YouTube dan video TikTok dalam pembelajaran Bahasa Arab / Norshida Hashim and Syahirah Almuddin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Kini, teknologi telah menjadi aspek penting dan keperluan utama kepada semua individu dan masyarakat. Perkembangan teknologi telah menyumbang kepada peningkatan tahap komunikasi manusia. Ramai orang menggunakan platform media untuk meluahkan perasaan, berkongsi ilmu dan idea di platform media. Platform media yang dikenali sebagai media sosial ini telah menjadi medium rujukan utama masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara kerana media sosial menyediakan maklumat terkini yang diperlukan masyarakat secara cepat. Aktiviti pembelajaran bahasa asing seperti bahasa Arab juga telah berkembang melalui media sosial. Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bermula dari peringkat tadika lagi. Subjek bahasa Arab telah dimasukkan ke dalam sukatan pembelajaran secara formal sejak dari sekolah rendah, menengah sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut keperluan kurikulum dan aliran yang dibawa. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bahasa Arab merupakan kursus elektif yang boleh diambil oleh para pelajar dari pelbagai program. Kursus bahasa Arab di UiTM merupakan kursus 2 jam kredit yang memperuntukkan Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) sebanyak 80 jam bagi sepanjang semester. Jam Pembelajaran Pelajar ini merangkumi 28 jam pertemuan secara bersemuka (Face-to-Face) sepanjang semester kerana pelajar hanya bertemu dengan pensyarah selama 2 jam sekali pada setiap minggu. Manakala Jam Pembelajaran Pelajar yang berbaki perlu diperuntukkan pelajar secara pembelajaran secara kendiri (Self Study) selain Jam Penilaian (Assessment).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Norshida
UNSPECIFIED
Almuddin, Syahirah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 12
ISSN: 2682-7948
Keywords: YouTube, TikTok, pembelajaran, Bahasa Arab
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98528
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 98528.pdf] Text
98528.pdf

Download (3MB)

ID Number

98528

Indexing

Statistic

Statistic details