Kepentingan media sosial dalam PnP di abad ke-21 / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.]

Aziz Fadzillah, Nor Azlina and Abdul Rahman, Normaziah and Hashim, Norhafizah and Mohd Yunus, Sri Yusmawati and Yusof, Rozianiwati (2024) Kepentingan media sosial dalam PnP di abad ke-21 / Nor Azlina Aziz Fadzillah ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Perkembangan teknologi telah banyak mengubah dan mempengaruhi gaya hidup manusia abad ke 21 termasuklah dalam bidang pendidikan. Media sosial menjadi salah satu elemen yang penting dan telah banyak mengubah cara berfikir dan penyampaian maklumat terhadap para pelajar pada masa kini. Ianya ditakrifkan sebagai aplikasi yang dibina berasaskan teknologi Web 2.0 yang membolehkan penghasilan dan perkongsian bahan-bahan yang dibangunkan oleh pengguna dan sebagai sokongan dalam melaksanakan aktiviti seharian termasuk bidang pendidikan (Kaplan & Haenlein, 2010). Di Malaysia, penggunaan media sosial dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting seiring dengan perkembangan teknologi dan digitalisasi. Pelbagai bidang pengajian telah menggunakan media sosial sebagai alat rujukan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti bidang pengajian Islam, perubatan, ekonomi, sumber manusia, dan teknologi maklumat. Beberapa kajian yang berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam konteks pendidikan turut dilakukan antaranya, penggunaan media sosial dalam pembelajaran telah memberikan pengaruh positif terhadap prestasi akademik pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar (Yusof., et Al., 2021), mencipta suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik (Salsidu, et al., 2018, & Manap, 2017), mengenalpasti masalah privasi dan risiko yang perlu dikelola dengan bijaksana oleh pendidik (Rahman et al., 2022) dan kemudahan dan kesediaan pendidikan inklusif di luar bandar (Ahmad et al., 2023 & Saidin et al., 2021).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz Fadzillah, Nor Azlina
UNSPECIFIED
Abdul Rahman, Normaziah
UNSPECIFIED
Hashim, Norhafizah
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Sri Yusmawati
UNSPECIFIED
Yusof, Rozianiwati
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 12
ISSN: 2682-7948
Keywords: Teknologi, media sosial, PnP, Islam, perubatan, ekonomi
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98377
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 98377.pdf] Text
98377.pdf

Download (4MB)

ID Number

98377

Indexing

Statistic

Statistic details