Transkrip wawancara bersama Encik Hj. Alwi bin Hj. Yusof pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan / Che Wan Muhammad Arif Rifqi Che Wan Jaafar and Mohd Aminuddin Mat Lazat

Che Wan Jaafar, Che Wan Muhammad Arif Rifqi and Mat Lazat, Mohd Aminuddin (2024) Transkrip wawancara bersama Encik Hj. Alwi bin Hj. Yusof pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan / Che Wan Muhammad Arif Rifqi Che Wan Jaafar and Mohd Aminuddin Mat Lazat. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan iaitu Encik Hj. Alwi bin HJ. Yusof untuk mengetahui tentang pengalaman beliau dalam kerjayanya sebagai seorang Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan. Temubual ini telah dijalankan di kediaman beliau yang terletak di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan. Tarikh temubual tersebut adalah pada 16 Disember 2023 bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang. Encik Hj. Alwi bin HJ. Yusof ialah pesara kerajaan dan merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Encik Hj. Alwi bin Hj. Yusof juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan selama 17 tahun iaitu sejak tahun 2006 hingga kini. Encik Ramli bin Mat Isa juga merupakan seorang pencinta dan pengumpul senjata melayu iaitu keris sejak remaja lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa Encik Hj. Alwi bin Hj. Yusof pasti memiliki banyak pengalaman dan kenangan pahit manis dalam usaha menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi persatuan sekaligus memelihara dan melestarikan warisan seni purba dan senjata melayu yang amat berharga baginya. Sesungguhnya, kisah hidup dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber motivasi dan inspirasi kepada semua individu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98342.pdf]
Text
98342.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics