Abstract
Temubual ini dilakukan bersama Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan iaitu Encik Hj. Alwi bin HJ. Yusof untuk mengetahui tentang pengalaman beliau dalam kerjayanya sebagai seorang Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan. Temubual ini telah dijalankan di kediaman beliau yang terletak di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan. Tarikh temubual tersebut adalah pada 16 Disember 2023 bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang. Encik Hj. Alwi bin HJ. Yusof ialah pesara kerajaan dan merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Encik Hj. Alwi bin Hj. Yusof juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan selama 17 tahun iaitu sejak tahun 2006 hingga kini. Encik Ramli bin Mat Isa juga merupakan seorang pencinta dan pengumpul senjata melayu iaitu keris sejak remaja lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa Encik Hj. Alwi bin Hj. Yusof pasti memiliki banyak pengalaman dan kenangan pahit manis dalam usaha menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi persatuan sekaligus memelihara dan melestarikan warisan seni purba dan senjata melayu yang amat berharga baginya. Sesungguhnya, kisah hidup dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber motivasi dan inspirasi kepada semua individu.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Wan Jaafar, Che Wan Muhammad Arif Rifqi 2021839794 Mat Lazat, Mohd Aminuddin 2021816358 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Yusof, Alwi UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulanissa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | pengerusi, persatuan, seni purba, senjata melayu, keris |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98342 |