Abstract
Temubual ini adalah antara tokoh dan pelajar bersama Puan Maznah Binti Sulaiman, seorang pembuat tembikar labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. Labu Sayong merupakan kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional yang menjadi salah satu daya tarikan bagi daerah Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Melalui proses uli, terap, asap dan dibakar, akhimya tanah liat dibentuk menjadi sesuatu yang sungguh berseni dengan rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi; pucuk rebung, bunga cengkih dan lain-lain. Walaupun sudah mencecah usia 65 tahun, Puan Maznah masih mengekalkan kaedah pembuatan labu sayong secara tradisional meskipun puluhan pengusaha lain di sekelilingnya sudah beralih kepada pembuatan tembikar labu sayong secara moden yang lebih menguntungkan. Prinsip yang dipegang Puan Maznah hanya satu iaitu jika tiada yang mahu meneruskan tradisi ini, ia akan mati. Meskipun penghasilan labu sayong yang dibuat menggunakan kaedah tradisional adalah terhad, namun beliau tetap akan mengekalkannya. Dengan temubual sebegini, sejarah dan seni warisan tempatan seperti pembuatan tembikar labu sayong dapat dijadikan rujukan dan sumber inspirasi kepada generasi muda hari ini dan masa depan untuk meneruskan seni pembuatan tembikar labu sayong ini meskipun tahun berganti tahun.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Ghani, Nur Izatul Asma 2020819166 Zulkefli, Nur Syamimi 2020830748 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Sulaiman, Maznah UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulanissa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Special subjects for design N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Ceramics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Warisan, sejarah, tembikar, labu sayong, Kuala Kangsar |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97935 |