Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui platform media sosial / Noor Afzaliza Nazira Ibrahim … [et al.]

Ibrahim, Noor Afzaliza Nazira and Jamri, Mohamad Hafifi and Abdul Rani, Nur Shazana and Khairuddin, Khairi (2024) Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui platform media sosial / Noor Afzaliza Nazira Ibrahim … [et al.]. e-Journal of Media and Society (e-JOMS), 7 (2). pp. 121-129. ISSN 2682-9193 (Submitted)

Abstract

Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan kemunculan pelbagai platform bagi penggunaan untuk pelbagai tujuan seperti berkomunikasi, membeli belah serta tempahan atas talian untuk pelancongan. Aspek pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada komponen yang turut menggunakan platform media dan komunikasi sebagai alat bantu dalam penyampaian maklumat kepada khalayak sasaran yang secara amnya terdiri daripada para pelajar di institusi pendidikan. Kajian preliminari ini bermatlamatkan untuk meneliti penggunaan, keberkesanan serta penerimaan platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh tenaga pengajar di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka berbanding kaedah PdP secara bersemuka. Sejumlah 237 orang responden yang terdiri daripada pelajar dalam empat program di Fakulti ini direkrut melalui penggunaan kaedah pensampelan mudah. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa platform ini sememangnya menjadi ruang berguna dalam pembelajaran melalui bahan berkaitan di samping mekanisme visual yang menjadi tarikan kepada pengguna medium ini. Secara keseluruhannya, inovasi PdP melalui penggunaan platform media sosial mempunyai keberkesanan dan penerimaan yang tinggi dalam kalangan responden. Kajian ini ternyata memberikan sumbangan signifikan dalam aspek bidang pengetahuan komunikasi dan pendidikan di mana turut membantu dalam kebolehcapaian salah satu Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu pendidikan berkualiti.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Noor Afzaliza Nazira
UNSPECIFIED
Jamri, Mohamad Hafifi
UNSPECIFIED
Abdul Rani, Nur Shazana
UNSPECIFIED
Khairuddin, Khairi
khairi.k@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: e-Journal of Media and Society (e-JOMS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Media and Society (eJOMS)
ISSN: 2682-9193
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 121-129
Keywords: Pengajaran; Pembelajaran; Media social; Komunikasi; Malaysia
Date: May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97626
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 97626.pdf] Text
97626.pdf

Download (214kB)

ID Number

97626

Indexing

Statistic

Statistic details