Abstract
Sedar atau tidak, tidak dapat dinafikan lagi bahawa alam sekitar adalah aspek terpenting dalam kehidupan. Sumber semula jadi dan udara yang bersih adalah suatu kemestian bagi mengekalkan kualiti hidup yang baik, positif dan sihat. Persekitaran bandar yang baik, bersih, teratur, dan terpelihara dapat mengubah keseluruhan kualiti hidup kita dengan ketara. Meskipun, definisi "bersih" merupakan sesuatu yang subjektif bagi sesetengah pihak dan bergantung jua kepada perspektif komuniti secara umumnya, tidak dapat tidak, terdapat beberapa perkara yang boleh dipersetujui semua pihak iaitu kepentingnya untuk hidup dalam suasana dan komuniti yang bersih. Namun, persoalan yang cuba diutarakan oleh penulis, sejauh mana kebersihan mampu menjamin kesejahteraan dan kesihatan setempat? Persoalan yang mudah, namun masih ramai yang belum mampu menafsirkannya. Selain itu, penulis juga ingin mencuba sedayanya untuk memfokuskan kepada Kata Taipei, Taiwan yang menerima ribuan pelancong saban tahun dan strategi yang dibawakan untuk memastikan penduduk di pulau ini terjamin kesejahteraan dan kebersihan seiring pembangunan pesat kotanya. Rumah dan bandar yang bersih mampu memberikan kesankesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan penduduknya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED Hashim, Aimie Rifhan UNSPECIFIED Abd. Aziz, Kharul Naim UNSPECIFIED Zulkarnain, Siti Hafsah UNSPECIFIED lkhsan, Nurzaki UNSPECIFIED Nawi, Abdol Samad UNSPECIFIED Mohammed, Rozita @ Uji UNSPECIFIED Hendry, Joseph UNSPECIFIED Rubama, Alahasin UNSPECIFIED |
Subjects: | W General Medicine. Health Professions > WA Public Health |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Taipei, Taiwan, baik, positif, sihat |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97608 |