Abstract
Temubual ini melibatkan seorang tokoh catan air iaitu, Encik Ismail Bin Kadir dan dua orang pelajar iaitu Aisyah Radhiah Binti Mohamad Azri dan Nur Ratihah binti Ramzi. Temubual ini adalah untuk memenuhi tugasan bagi subjek IMR604 iaitu pendokumentasian sejarah lisan. Encik Ismail Bin Kadir merupakan tokoh dalam bidang seni lukisan terutamanya medium cat air. Kajian ini menceritakan tentang latar belakang dan sejarah hidup seorang tokoh seni lukisan yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pelukis Kelantan (PESENJ) iaitu Encik Ismail Bin Kadir. Beliau juga telah berkecimpung dalam bidang seni lukisan ini selama 39 tahun. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendokumentasikan kisah hidup dan pengalaman seorang tokoh seni lukisan. Selain itu, tujuan kajian ini dijalankan juga adalah untuk memberi pengetahuan kepada generasi muda tentang jasa dan sumbangan Encik Ismail Bin Kadir dalam seni lukisan ini. Akhir sekali, kajian ini juga mengenai perkongsian pendapat serta harapan kepada anak-anak muda yang berminat untuk menceburi diri dalam bidang seni lukisan ini supaya menjadi pemangkin semangat kepada mereka.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Azri, Aisyah Radhiah 2020852818 Ramzi, Nur Ratihah 2020602174 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Kadir, Ismail UNSPECIFIED Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history N Fine Arts > ND Painting > Study and teaching N Fine Arts > ND Painting > Watercolor painting |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Encik Ismail Kadir, pelukis, seni lukisan cat air, catan air |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97477 |