Abstract
Kuala Krai merupakan jajahan yang kedua terbesar di Kelantan. Kegiatan ekonomi utama penduduk Kuala Krai adalah pertanian. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang utuk membina sebuah tapak pasar tani kekal (PTK) di Kuala Krai bagi membantu penjanaan ekonomi penduduk sekitar dengan harga yang lebih berpatutan. Bagi melihat kewajaran penubuhan Pl;'K ini, satu kajian fisibiliti telah dijalankan. Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira pandangan daripada 109 usahawan tani dan 226 pengunjung pasar dan pasar tani sedia ada. Maklumat yang diperlukan dijana melalui penggunaan borang kaji selidik yang diedarkan kepada usahawan dan pengunjung serta sesi temubual dengan kumpulan fokus yang terdiri dari wakil agensi-agensi berkaitan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Daerah Kuala Krai, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Air Kelantan dan Penggawa. Dapatan kajian mendapati permintaan adalah tinggi terhadap barangan segar seperti sayursayuran dan buah-buahan, bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging, bahan masakan (runcit), dan kuih-muih serta lauk-pauk. Corak permintaan sebegini sangat bertepatan dengan konsep PTK yang dicadangkan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tuan Hassan, Tuan Mohd Rosli UNSPECIFIED Abdulatiff, Nik Kamaruzaman UNSPECIFIED Ya, Mohamad Safri UNSPECIFIED Nik Ismail, Nik Nor Hasimah UNSPECIFIED Ismail, Zurina UNSPECIFIED Azid@Maarof, Nur Niswah Naslina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Contributor Zakaria, Siti Haslini UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Income. Factor shares > Entrepreneurship. Property L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Keywords: | Pasar Tani Kekal (PTK), Kelantan, fisibiliti, ekonomi, pertanian |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97417 |
Download
97417.pdf
Download (244kB)