Perbandingan antara skim pencen dan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam sektor awam Perpustakaan UiTM Sarawak / Suria Bujang ...[et al.]

Bujang, Suria and Jalet, Rajimah and Husaini, Husaini and Haji Mokhtar, Rihana (2000) Perbandingan antara skim pencen dan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam sektor awam Perpustakaan UiTM Sarawak / Suria Bujang ...[et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat perbandingan faedah di antara skim persaraan Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Objektif utamanya ialah untuk menjelaskan secara menyeluruh mengenai kedua-dua skim persaraan tersebut agar boleh dijadikan sebagai maklumat berguna kepada setiap individu dalam sektor awam. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum sejak terlaksananya Sistem Saraan Baru (SSB) pada 1 Januari 1992, seseorang anggota yang pertama kali dilantik dalam perkhidmatan tetap pada atau selepas 12 April 1991 akan dibenarkan untuk memilih samada skim Pencen dan KWSP sebelum disahkan dalam jawatan. Dengan adanya opsyen ini maka anggota yang terlibat akan menjadi dilema dalam membuat pemilihan, yang mana mereka tidak tahu dan tidak ada pengelaman dalam membuat penilaian
keatas kedua-dua skim tersebut. Dua agensi yang terlibat dalam pengurusan faedah-faedah persaraan kakitangan sektor awam di Malaysia ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan KWSP. JPA Malaysia bertanggungjawab dalam pengurusan faedah-faedah persaraan untuk anggota yang memilih skim pencen, manakala KWSP pula bertanggungjawab dalam menguruskan faedah persaraan yang memilih skim KWSP. Kedua-dua agensi ini memainkan peranan yang penting bagi memastikan faedah-faedah yang diterima oleh anggota kerajaan nanti dapat menjalani kehidupan persaraan yang selesa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96633.pdf]
Text
96633.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics