Abstract
KARiSMA Kali Ke-29 yang dianjurkan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Sukan, UiTM Shah Alam berlangsung pada 26 Februari hingga 4 Mac (Kawi, 2024). Sebanyak 14 acara dipertandingkan iaitu bola sepak, bola baling, bola jaring, ping pong, boling padang, bola tampar, catur, badminton, sepak takraw, petanque, tenis, futsal, bola keranjang dan hoki dalam dewan. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertujuan memberikan impak kepada matlamat program universiti dalam menyokong matlamat pembangunan mampan iaitu 'kesihatan yang baik dan kesejahteraan ' (Aznan, 2022). Sukan bukanlah sekadar aktiviti fizikal semata-mata; ia juga merupakan satu medium yang mampu membina jiwa, semangat, dan kepimpinan. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sukan KARiSMA telah menjadi teras pembangunan holistik pelajar, memberikan sumbangan kepada kecemerlangan akademik dan sosial. Tambahan pula, banyak pemain berbakat yang dapat dikenal pasti dan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi, memberikan mereka pendedahan kepada persekitaran saingan yang kompetitif. KARiSMA berperanan sebagai pentas bagi memupuk budaya komuniti kampus yang sihat dan cemerlang (Abu Bakar, 2022). Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, peranan sukarelawan juga memainkan peranan yang signifikan dalam menanamkan semangat kebersamaan dan kepimpinan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Rahman, Farah Adilla UNSPECIFIED Mohd Jody, Jeniwaty UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Keywords: | Sukan, sukarelawan, Universiti Teknologi MARA, UiTM |
Date: | April 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96382 |