Pencapaian graduan ijazah sarjana muda (kepujian) pentadbiran perniagaan UiTM Kelantan dalam pasaran pekerjaan: graduan 2000 dan 2001 / Wan Hasni Wan Hasan, Marhaini Hassan and Anidzan Ariffin

Wan Hasan, Wan Hasni and Hassan, Marhaini and Ariffin, Anidzan (2007) Pencapaian graduan ijazah sarjana muda (kepujian) pentadbiran perniagaan UiTM Kelantan dalam pasaran pekerjaan: graduan 2000 dan 2001 / Wan Hasni Wan Hasan, Marhaini Hassan and Anidzan Ariffin. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui pencapaian graduan-graduan ljazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Pemiagaan (Pemasaran) dan (Kewangan), UiTM Kelantan dalam pasaran pekerjaan, dengan mengumpulkan profil pekerjaan responden. Persoalan sering ditimbulkan sama ada graduan yang dihasilkan berdaya saing di pasaran pekerjaan, di mana para majikan sudah tidak lagi mengutamakan kelulusan akademik yang cemerlang semata-mata. Skop kajian ini melibatkan 6 kumpulan graduan bagi dua program tersebut yang menamatkan pengajian pada tahun 2000 dan 2001. Jumlah responden ialah 77 orang dan instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah borang soal selidik. Maklumat awal mengenai alamat responden diperolehi dari fail pelajar di HEA dan borang soal selidik dihantar kepada mereka. Dapatan kajian menunjukkan destinasi pertama bagi lebih 70% responden selepas tamat pengajian ialah memasuki pasaran pekerjaan dan majoriti melalui tempoh menunggu kurang dari 4 bulan untuk mendapat pekerjaan pertama. Lebih ramai yang bekerja di sektor swasta dan kebanyakannya tidak menyertai bidang pemasaran dan kewangan sepertimana kelulusan ijazah yang diperolehi. Majoriti responden juga menyatakan faktor utama yang mempercepatkan kejayaaan mereka mendapat pekerjaan ialah keyakinan diri dan berfikiran positif. Manakala halangan diri yang utama dalam mendapatkan pekerjaan ialah keengganan mereka berhijrah dari tempat tinggal asal. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang bererti di antara jantina dengan tempoh masa mendapat pekerjaan pertama. Keputusan juga menunjukkan tiada hubungan yang bererti di antara kelas kepujian ijazah yang diperolehi dengan tempoh masa mendapat pekerjaan pertama.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Hasan, Wan Hasni
UNSPECIFIED
Hassan, Marhaini
UNSPECIFIED
Ariffin, Anidzan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UNSPECIFIED
Ab Rahman, Hussin@Mohamed
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Yusoff, Zulkamain
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Yaacob, Jusoh
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > College graduates
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Kelantan
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Keywords: graduan,UiTM Kelantan, pekerjaan, ijazah
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96028
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 96028.pdf] Text
96028.pdf

Download (157kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

96028

Indexing

Statistic

Statistic details