Abstract
Pada suatu hari di sekitar bulan Januari, tahun 2023, jam tangan saya kehabisan bateri. Akibatnya jarum jam, jarum minit dan jarum saat di jam tangan saya sudah tidak berfungsi. Saya terasa amat malas hendak pergi ke kedai jam yang kebetulan jauh daripada rumah untuk menukar bateri jam tersebut. Secara tiba tiba terdetik di hati saya kenapa tidak saya mencuba menukar sendiri bateri jam tangan tersebut. Lalu secara spontan saya terus membuka YouTube untuk menonton video-video tentang cara-cara mengganti bateri jam tangan. Apabila membuka sahaja YouTube dan ditaip perkataan” cara menukar bateri jamtangan”, saya dapati banyak video-video yang kandungannya menerangkan tentang cara-cara menukar bateri, menukar aksesori dan membaiki kerosakan jam tangan yang sedang dikongsi dalam media sosial itu. Saya dapati juga video-video itu dikongsi oleh individu-individu daripada pelbagai negara di seluruh dunia. Video yang menjadi pilihan utama saya ialah video daripada negara Indonesia kerana lebih mudah difahami.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ramli, Ahmad Azman UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Guru, Youtube, video, aksesori |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95690 |