Abstract
Kepimpinan memegang peranan asas dalam pelaksanaan setiap program yang dijalankan oleh fakulti dan ia memain peranan yang penting di dalam memastikan kejayaan sesuatu program. Berdasarkan tagline "Connect, Engage, Advanced," AAGBS di bawah kepimpinan Dekan terus bergerak maju dengan tekad memacu program mobiliti yang sejajar dengan keperluan sekolah perniagaan pascasiswazah. Ini dilakukan dengan tujuan memberikan nilai tambah kepada para pelajar AAGBS serta meningkatkan daya saing. Namun, ini bukan hanya memberikan manfaat kepada graduan, tetapi juga memberikan daya saing yang lebih baik kepada program-program yang ditawarkan kepada pelajar. Pelan strategik AAGBS/UITM yang diberi tumpuan kepada kepimpinan sebagai pusat penggerak operasi fakulti telah menjadi panduan utama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program mobiliti di AAGBS. Dalam konteks ini, program mobiliti bukan sahaja menjadi satu inisiatif, tetapi ia telah diintegrasikan sebagai teras dalam model pendidikan sekolah perniagaan pascasiswazah di peringkat fakulti. Pentingnya kepimpinan dalam menjalankan operasi ini menjadi lebih jelas, di mana kepimpinan bukan hanya sekadar menerajui, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk dan mengarahkan setiap aspek program mobiliti. Kepimpinan yang kukuh memastikan visi dan matlamat program ini dihayati oleh semua pihak terlibat, dan tindakan berdasarkan strategi-strategi yang terbukti memberikan hasil yang positif.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Arshad Ayub Graduate Business School UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Student affairs services. Student personnel administration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95395 |