Kajian tahap kebimbangan dan minat pelajar pra sains terhadap matematik / Maisurah Shamsuddin ... [et al.]

Shamsuddin, Maisurah and Mahlan, Siti Balqis and Hamat, Muniroh and Alias, Fadzilawani Astifar and Ahmad, Nurhafizah (2024) Kajian tahap kebimbangan dan minat pelajar pra sains terhadap matematik / Maisurah Shamsuddin ... [et al.]. e Learning @ CS, 7. pp. 70-75. ISSN 9786299875512
Abstract

Matematik sering kali menjadi subjek yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar. Minat terhadap matematik boleh menjadi faktor penting dalam meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam bidang matematik. Sebaliknya, kebimbangan terhadap matematik sering kali timbul apabila pelajar merasa tidak yakin atau tidak berminat, yang boleh mengakibatkan penolakan terhadap usaha pembelajaran. Justeru itu kajian ini dijalankan terhadap pelajar pra diploma sains bagi melihat sejauh mana tahap kebimbanagan dan minat pelajar terhadap matematik dan hubungan di antara kedua-duanya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kebimbangan yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, majoriti daripada mereka mempunyai rasa minat yang tinggi terhadap matematik. Ujian korelasi Spearman Rho yang di jalankan pula menunjukkan hubungan linear negatif yang sederhana dan signifikan terhadap kedua-duanya iaitu semakin tinggi minat seseorang terhadap matematik, semakin rendah kebimbangan yang dirasakan. Oleh itu, tindakan yang proaktif perlu diambil untuk mengurangkan tahap kebimbangan pelajar di samping meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 94243.pdf]
Text
94243.pdf
Download (165kB)
Indexing & Metrics