Abstract
Temu bual ini dilakukan bersama Puan Mek Eek Anak Perempuan Chau Rak, yang merupakan penggiat seni tarian Menora. Berasal dari Tumpat Kelantan, seni tarian yang berasal dari etnik Siam di Kelantan ini telah berdiri teguh sebelum kemerdekaan lagi. Walaupun beliau telah mencapai usia 73 tahun, namun masih bergiat aktif dalam seni tarian Menora. Puan Mek Eek bergiat di posisi "Inang" ataupun penari di dalam tarian tersebut telah berkecimpung seawal umur 20-an lagi dan bergiat dengan lebih aktif setelah berkahwin. Tarian menora, yang seakan tarian Mak Yong adalah sejenis drama tari nyanyi yang berasal dari wilayah Melayu lama yang popular di kawasan pantai timur Malaysia dan selatan Thailand Persembahan ini diinspirasikan !agenda Manohara dalam yang berunsur Buddha yang telah menjadi sebati dengan masyarakat Melayu dan Thai sejak zaman-berzaman. Antara persoalan yang ingin diutarakan di dalam wawancara ini adalah mengenai latar belakang tokoh, latar belakang tarian Menora, cabaran yang dihadapi dan juga harapan pada masa hadapan. Ada/ah diharapkan dengan wawancara ini dapat menaikkan semula nilai seni tarian Menora dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Bukan itu sahaja, adalah diharapkan semoga seni tarian Menora ini dapat dipromosikan ke peringkat antarabangsa.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Amirah Batrisyia 2020846546 Zulriadi, Nur Athirah 2020495442 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Chau Rok, Mek Eek UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dancing G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > National dances. Folk dances and dancing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Menora, Etnik Siam, lagenda, Mak Yong, drama tari |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94066 |