Permainan warisan gasing piring / Nur Mastura Mohd Muhaimi ... [et al.]

Mohd Muhaimi, Nur Mastura and Ismail, Nur Shuhadah and Nik Ariffin, Nik Azliza and Mohd Yunus, Dr. Alwi (2022) Permainan warisan gasing piring / Nur Mastura Mohd Muhaimi ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 6 (2). pp. 21-43. ISSN 2600-7088
Abstract

Gasing Piring merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di Malaysia yang telah diwarisi dari zaman ke zaman sejak dulu lagi. Gasing Piring dimainkan bagi melihat tempoh masa ianya mampu berpusing. Gasing yang mampu berpusing lebih lama akan dikira sebagai pemenang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keunikan permainan warisan Gasing Piring yang cukup terkenal di Negeri Kelantan. Gasing Piring ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi cara pembuatan hinggalah cara permainannya. Kajian ini dijalankan bagi tujuan pendokumentasian sejarah lisan tentang sejarah permainan warisan Gasing Piring di Malaysia yang dipercayai bermula di Kota Jembal, Kelantan. Artikel ini menerangkan tentang asal usul Gasing Piring, proses pembuatan serta mengetahui cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah bagi memartabatkan dan memelihara permainan warisan Gasing Piring. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana temu bual diadakan bersama seorang tokoh penggiat permainan warisan Gasing Piring yang terkenal di Negeri Kelantan iaitu Encik Ismail bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai “Abang Nor”.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92636.pdf]
Text
92636.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics