Abstract
Gasing Piring merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di Malaysia yang telah diwarisi dari zaman ke zaman sejak dulu lagi. Gasing Piring dimainkan bagi melihat tempoh masa ianya mampu berpusing. Gasing yang mampu berpusing lebih lama akan dikira sebagai pemenang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keunikan permainan warisan Gasing Piring yang cukup terkenal di Negeri Kelantan. Gasing Piring ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi cara pembuatan hinggalah cara permainannya. Kajian ini dijalankan bagi tujuan pendokumentasian sejarah lisan tentang sejarah permainan warisan Gasing Piring di Malaysia yang dipercayai bermula di Kota Jembal, Kelantan. Artikel ini menerangkan tentang asal usul Gasing Piring, proses pembuatan serta mengetahui cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah bagi memartabatkan dan memelihara permainan warisan Gasing Piring. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana temu bual diadakan bersama seorang tokoh penggiat permainan warisan Gasing Piring yang terkenal di Negeri Kelantan iaitu Encik Ismail bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai “Abang Nor”.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Muhaimi, Nur Mastura UNSPECIFIED Ismail, Nur Shuhadah UNSPECIFIED Nik Ariffin, Nik Azliza UNSPECIFIED Mohd Yunus, Dr. Alwi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 21-43 |
Keywords: | Gasing, Gasing Piring, Gasing Uri, Gasing Leper, Permainan Tradisional |
Collections: | AIMS UiTM |
Date: | October 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92636 |