Abstract
Terdapat binaan tinggalan sejarah berusia lebih 185 tahun yang masih tersergam indah di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Sebuah masjid yang dinamakan sebagai Masjid Lama Kampung Tuan yang suatu ketika dahulu merupakan sebuah surau lama yang terletak di pinggir sungai Limbong Kemaman. Ia masih tersergam indah. Masjid ini merupakan sebuah masjid yang tertua di Negeri Terengganu dan telah diwartakan sebagai salah satu warisan kebangsaan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji asal usul Masjid Lama Kampung Tuan, mengenal pasti elemen reka bentuk masjid dan mengetahui cabaran dan harapan berkaitan dengan Masjid Lama Kampung Tuan. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah temubual, pemerhatian dan analisa dokumen. Kajian ini dilaksanakan dengan menemubual seorang tokoh yang merupakan orang lama dan anak jati Kemaman yang sangat berpengetahuan dalam asal usul Masjid Lama Kampung Tuan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor Safar, Siti Nur Shazlina UNSPECIFIED Sidi Ahmad, Nur Fatihah UNSPECIFIED Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED Mat Isa, Azman UNSPECIFIED Mansor, Ahmad Nazri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Mosques |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 46-72 |
Keywords: | Masjid, Asal Usul, Keunikan, Rekabentuk, Cabaran |
Date: | April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92630 |