Mengimbau rumah lindungan raja menerusi kaedah sejarah lisan / Mohamad Syahid Mohd Shahron Nidzan ... [et al.]

Mohd Shahron Nidzan, Mohamad Syahid and Othman, Siti Nur Alia and Azman, Kamarul Azwan and Yunus, Mohd Nizam (2022) Mengimbau rumah lindungan raja menerusi kaedah sejarah lisan / Mohamad Syahid Mohd Shahron Nidzan ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 6 (1). pp. 1-28. ISSN 2600-7088
Abstract

Rumah tradisional Melayu merupakan antara warisan seni bina Malaysia yang sangat unik dan bernilai. Namun, masih terdapat peninggalan sejarah yang belum diperkenalkan kepada orang ramai secara umum iaitu rumah tradisional di negeri Jelapang Padi, Kedah. Sebuah rumah tradisional Melayu lama yang terletak di Sedim mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu Rumah Lindungan Raja. Kajian ini adalah berkaitan dengan sejarah yang berlaku di rumah tradisional tersebut. Rumah yang dibina pada tahun 1930-an ini telah menjadi tempat perlindungan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah daripada dikesan musuh. Ia juga dikenali sebagai ‘Peristiwa Sedim’. Dalam kajian ini, kaedah temubual bersama penjaga Rumah Lindungan Raja yang juga merupakan generasi ke-4 dari pemilik asal rumah tersebut dilakukan untuk merungkai peristiwa yang pernah berlaku di sana.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92621.pdf]
Text
92621.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics