Abstract
Rumah tradisional Melayu merupakan antara warisan seni bina Malaysia yang sangat unik dan bernilai. Namun, masih terdapat peninggalan sejarah yang belum diperkenalkan kepada orang ramai secara umum iaitu rumah tradisional di negeri Jelapang Padi, Kedah. Sebuah rumah tradisional Melayu lama yang terletak di Sedim mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu Rumah Lindungan Raja. Kajian ini adalah berkaitan dengan sejarah yang berlaku di rumah tradisional tersebut. Rumah yang dibina pada tahun 1930-an ini telah menjadi tempat perlindungan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah daripada dikesan musuh. Ia juga dikenali sebagai ‘Peristiwa Sedim’. Dalam kajian ini, kaedah temubual bersama penjaga Rumah Lindungan Raja yang juga merupakan generasi ke-4 dari pemilik asal rumah tersebut dilakukan untuk merungkai peristiwa yang pernah berlaku di sana.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shahron Nidzan, Mohamad Syahid UNSPECIFIED Othman, Siti Nur Alia UNSPECIFIED Azman, Kamarul Azwan UNSPECIFIED Yunus, Mohd Nizam UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings > Sustainable buildings. Sustainable construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-28 |
Keywords: | Rumah Lindungan Raja, peristiwa sedim, Sultan Abdul Hamid, Tunku Abdul Rahman, Kampung Lindungan Raja, Sedim Kedah |
Date: | April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92621 |