Makanan warisan Terengganu (Keropok Warisan Losong) / Arrisha Shazlin Suhaimi ... [et al.]

Suhaimi, Arrisha Shazlin and Wan Lokman, Wan Izzah Mardhiyyah and Wan Abdullah, Wan Abdul Malek and Nik Ariffin, Nik Azliza (2021) Makanan warisan Terengganu (Keropok Warisan Losong) / Arrisha Shazlin Suhaimi ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 280-300. ISSN 2600-7088

Abstract

ujuan kajian untuk kajian ini adalah untuk mengenal pasti bahan mentah yang digunakan untuk membuat keropok lekor, mengkaji bagaimana membuat keropok lekor dan memahami bagaimana keropok lekor dipasarkan. Kaedah kajian yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah dengan cara kualitatif iaitu kaedah temubual. Melalui kaedah temubual atau sejarah lisan ini, peserta yang temubual ialah Encik Che Ahmad Bin Yaacob yang merupakan pengusaha Kedai Keropok Warisan Losong yang terletak di 74, Jalan Kuala Hiliran, Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu, Terengganu. Kedai ini sudah beroperasi selama 30 tahun. Pengkaji memilih kedai ini kerana kedai tersebut merupakan kedai terkemuka di Terengganu dan senang dikunjungi oleh pengkaji. Antara hasilnya, para pengkaji mendapati bahan mentah seperti ikan tamban dan ikan selayang adalah bahan terpenting dalam membuat keropok lekor dan merupakan gabungan bahan mentah yang paling enak untuk membuat keropok lekor. Kesegaran ikan juga dapat dijaga dengan memasukkan ais dalam jumlah yang cukup kerana dapat mencegah ikan itu daripada menjadi buruk yang menyebabkan rasa 'gatal' ketika memakan keropok. Selain itu, bahan utama membuat sos di kedai Keropok Warisan Losong adalah cuka, cili tanah, gula Melaka, garam dan perasa. Biasanya kuahnya dibuat menggunakan gula biasa tetapi kedai Keropok Warisan Losong memilih untuk menggunakan gula Melaka dalam membuat sos kerana rasanya lebih enak dan lebih gemuk daripada menggunakan gula biasa. Walaupun kos penggunaan gula Melaka lebih tinggi daripada gula, mereka tetap memilih gula Melaka kerana rasa sosnya yang enak, berlemak dan tahan lebih lama.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaimi, Arrisha Shazlin
UNSPECIFIED
Wan Lokman, Wan Izzah Mardhiyyah
UNSPECIFIED
Wan Abdullah, Wan Abdul Malek
UNSPECIFIED
Nik Ariffin, Nik Azliza
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics > Cooking, Malay
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 3
Page Range: pp. 280-300
Keywords: Terengganu, Makanan Tradisional, Keropok lekor, Losong
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92549
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92549.pdf] Text
92549.pdf

Download (589kB)

ID Number

92549

Indexing

Statistic

Statistic details