Menyingkap keunikan makanan warisan negeri Sarawak: kek lapis Sarawak / Dian Nazuha Mohammad Ismail, Nurul Aida Syahirah Zulkifli and Mohd Zairul Masron

Mohammad Ismail, Dian Nazuha and Zulkifli, Nurul Aida Syahirah and Masron, Mohd Zairul (2021) Menyingkap keunikan makanan warisan negeri Sarawak: kek lapis Sarawak / Dian Nazuha Mohammad Ismail, Nurul Aida Syahirah Zulkifli and Mohd Zairul Masron. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 257-279. ISSN 2600-7088

Abstract

Sarawak merupakan negeri yang amat terkenal dengan keunikan dan keaslian budaya yang mencakupi pelbagai etnik dan warisan. Kepelbagaian ini bukan sahaja membawa nama negeri Sarawak harum di dalam negara malah meniti di persada dunia. Artikel ini adalah berdasarkan daripada sumber utama iaitu dokumentasi secara lisan tentang makanan warisan negeri Sarawak iaitu Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak merupakan makanan tradisi masyarakat Sarawak yang sememangnya menjadi hidangan wajib dalam setiap perayaan yang diraikan di negeri Sarawak. Artikel ini menggunakan pendekatan sesi temubual bersama tokoh yang berpengalaman dalam bidang ini iaitu Cik Husna Syi’ain binti Helmi di mana beliau merupakan seorang pengusaha Kek Lapis Sarawak yang terkenal bukan sahaja di negeri Sarawak malahan juga di Semenanjung Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menyelidik latar belakang Kek Lapis Sarawak sehingga ianya dijadikan sebagai makanan tradisi dalam kalangan masyarakat Sarawak sehingga kini. Artikel ini juga mengupas tentang cara dan teknik pembuatan Kek Lapis Sarawak dan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam proses penghasilan Kek Lapis Sarawak.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammad Ismail, Dian Nazuha
UNSPECIFIED
Zulkifli, Nurul Aida Syahirah
UNSPECIFIED
Masron, Mohd Zairul
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics > Cooking
T Technology > TX Home economics > Cooking > Baking. Confectionery
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 3
Page Range: pp. 257-279
Keywords: Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Betawi, bakar, kukus.
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92545
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92545.pdf] Text
92545.pdf

Download (458kB)

ID Number

92545

Indexing

Statistic

Statistic details