Warisan kraf negeri Kelantan: Jebak Puyuh / Muhammad Nazrol Hakim Mohd Sidi, Nur Yasmin Abdul Basir and Alwi Mohd Yunus

Mohd Sidi, Muhammad Nazrol Hakim and Abdul Basir, Nur Yasmin and Mohd Yunus, Alwi Warisan kraf negeri Kelantan: Jebak Puyuh / Muhammad Nazrol Hakim Mohd Sidi, Nur Yasmin Abdul Basir and Alwi Mohd Yunus. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 140-162. ISSN 2600-7088

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan meneliti proses pembuatan kraf tradisional yang terkenal di negeri Kelantan iaitu Jebak Puyuh. Kraf Jebak Puyuh ini diusahakan oleh seorang Adiguru Kraf Jebak Puyuh sejak 1989 iaitu Encik Che Mud Che Awang, yang berpengalaman selama berpuluhan tahun dalam menghasilkan kraf ini. Perkembangan Kraf Jebak Puyuh bermula sejak abad ke-20 apabila masyarakat menggunakan Jebak Puyuh ini sebagai alat perangkap burung puyuh untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Alat ini menjadi sebahagian dari adat dan budaya masyarakat Melayu. Ada aspek kesenian Melayu yang unik ditampilkan dalam pembuatan Kraf Jebak Puyuh. Namun begitu, peredaran zaman telah menyebabkan perubahan dalam seni pembuatan Kraf Jebak Puyuh ini. Seni ukiran kayu dan anyaman digabungkan bagi memperindah reka bentuk Jebak Puyuh sehingga dijadikan sebagai barang hiasan di rumah-rumah peminatnya. Selain itu, kajian ini juga meneliti bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan sebuah Jebak Puyuh dan melihat apakah yang membezakan kraf ini berbanding kraf tradisional lain yang sedia ada di Malaysia. Tambahan lagi, kajian turut mengkaji bagaimana sambutan masyarakat dari dalam dan luar negara terhadap kraf tradisional yang terkenal di negeri Kelantan ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Sidi, Muhammad Nazrol Hakim
UNSPECIFIED
Abdul Basir, Nur Yasmin
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Alwi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 3
Page Range: pp. 140-162
Keywords: Kraf tradisional, Kelantan, Jebak Puyuh, perangkap, burung puyuh.
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92506
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92506.pdf] Text
92506.pdf

Download (1MB)

ID Number

92506

Indexing

Statistic

Statistic details