Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan meneliti proses pembuatan kraf tradisional yang terkenal di negeri Kelantan iaitu Jebak Puyuh. Kraf Jebak Puyuh ini diusahakan oleh seorang Adiguru Kraf Jebak Puyuh sejak 1989 iaitu Encik Che Mud Che Awang, yang berpengalaman selama berpuluhan tahun dalam menghasilkan kraf ini. Perkembangan Kraf Jebak Puyuh bermula sejak abad ke-20 apabila masyarakat menggunakan Jebak Puyuh ini sebagai alat perangkap burung puyuh untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Alat ini menjadi sebahagian dari adat dan budaya masyarakat Melayu. Ada aspek kesenian Melayu yang unik ditampilkan dalam pembuatan Kraf Jebak Puyuh. Namun begitu, peredaran zaman telah menyebabkan perubahan dalam seni pembuatan Kraf Jebak Puyuh ini. Seni ukiran kayu dan anyaman digabungkan bagi memperindah reka bentuk Jebak Puyuh sehingga dijadikan sebagai barang hiasan di rumah-rumah peminatnya. Selain itu, kajian ini juga meneliti bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan sebuah Jebak Puyuh dan melihat apakah yang membezakan kraf ini berbanding kraf tradisional lain yang sedia ada di Malaysia. Tambahan lagi, kajian turut mengkaji bagaimana sambutan masyarakat dari dalam dan luar negara terhadap kraf tradisional yang terkenal di negeri Kelantan ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sidi, Muhammad Nazrol Hakim UNSPECIFIED Abdul Basir, Nur Yasmin UNSPECIFIED Mohd Yunus, Alwi UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 140-162 |
Keywords: | Kraf tradisional, Kelantan, Jebak Puyuh, perangkap, burung puyuh. |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92506 |