Irama berzanji tunggak utama dalam kompang rodat / Eizrin Nursyahirah Ahmad Badrin ... [et al.]

Ahmad Badrin, Eizrin Nursyahirah and Sarkawi, Farah and Ahmad Kamal, Jannatul Iza and Md. Jali, Jafalizan (2021) Irama berzanji tunggak utama dalam kompang rodat / Eizrin Nursyahirah Ahmad Badrin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 1-18. ISSN 2600-7088
Abstract

Kepelbagaian jenis khazanah warisan dan budaya tradisional yang menarik di Malaysia membuatkan ia sangat berharga serta mempunyai nilai yang tersendiri yang boleh dijadikan sebagai simbolik kepada sesetengah warisan negeri, budaya, dan etnik. Salah satu daripadanya adalah alat muzik tradisional iaitu Kompang. Kompang merupakan alat muzik tradisional yang amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kompang bermaksud gendang seperti rebana yang dipukul dengan sebelah tangan yang dimainkan dalam pelbagai majlis keraian masyarakat Melayu serta majlis kebesaran. Ia adalah untuk memeriahkan lagi sesebuah majlis tersebut. Kajian ini adalah berkenaan dengan seorang yang berpengalaman dalam dalam bidang bermain dan mengajar kompang. Oleh itu, kajian ini dapat memperlihatkan jenis-jenis kompang, jenis-jenis irama, teknik bermain kompang, dan ciri-ciri yang perlu ada untuk setiap pemain kompang. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kajian sejarah lisan dan dokumen analisis daripada Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu untuk menambah pengetahuan berkaitan bidang alat muzik tradisional kompang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92482.pdf]
Text
92482.pdf
Download (588kB)
Indexing & Metrics