Abstract
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah melaporkan bahawa sehingga Disember 2006, 70 peratus dari 4. 9 juta rakyat Malaysia tidak mendaftar sebagai pengundi, dan mereka terdiri dari golongan anak muda, berumur antara lingkungan umur 21 ke 35. Jni mengambarkan bahawa terdapatnya kekurangan kesedaran mengenai kepentingan mengundi. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor penyumbang kepada keengganan generasi muda untuk mengundi. Terdapat tiga (3) objektif di dalam kajian ini iaitu: a) mengenal pasti tahap pengetahuan mengundi di kalangan belia di Negeri Selangor; b) mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi belia untuk mengundi dan c) mengenal pasti masalah-masalah dan cabaran mengundi di kalangan belia di Negeri Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuantitatif, manakala instrumen soal selidik adalah cara mengumpulkan data. Populasi tumpuan kajian adalah belia di Negeri Selangor yang terdiri dari belia di kawasan pilihanraya Ijok, Selangor. Sebanyak 100 buah buku soal selidik telah diedarkan dan seramai 77 orang belia telah menjawab soal selidik tersebut. Dapatan kajian menunjukkan responden kurang peka akan penyebaran maklumat tentang kepentingan mengundi. Hanya 35% mengatakan tujuan mengundi adalah untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Faktor utama mendorong mereka keluar mengundi adalah kerana umur yang telah mencapai 21 tahun, diikuti oleh faktor pekerjaan, kempen politik yang dijalankan, kemudahan yang disediakan semasa mengundi dan kesesuaian masa. Mengenai masalah yang dihadapi oleh responden untuk mengundi adalah kerana keadaan tempat mengundi jauh dari tempat tinggal atau tempat, alasan sibuk dengan kerja, ketidakselesaan semasa mengundi kerana terpaksa beratur panjang dipusat-pusat pengundian. Faktor utama mereka tidak mengundi pula adalah mereka berpendapat perlunya pembaharuan terhadap sistem pengundian sekarang. lni termasuk sistem pengurusan pengundian yang lebih cekap dan efisen. Responden juga menyuarakan supaya sistem pengundian dilakukan secara elektronik. Faktor lain yang juga mengurangkan minat mereka untuk mengundi ialah kerana mereka dipinggirkan dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk politik yang dijalankan dikawasan mereka.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Hakim, Azma Asna Wishah UNSPECIFIED Mohamed Shuhidan, Shamila UNSPECIFIED Hashim, Dang Merduwati UNSPECIFIED Mohamed Shuhidan, Shuhaida UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Statistical methods |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Keywords: | Mengundi, belia, Selangor, elektronik |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92317 |
Download
92317.PDF
Download (140kB)