Integrasi ilmu Al-Quran dan bidang kejuruteraan: kajian analisis terhadap manfaat air dalam meningkatkan pengeluaran minyak mentah / Amni Haslinda Alpandi, Nurul Badriyah Ali and Amirah Anuar

Alpandi, Amni Haslinda and Ali, Nurul Badriyah and Anuar, Amirah (2023) Integrasi ilmu Al-Quran dan bidang kejuruteraan: kajian analisis terhadap manfaat air dalam meningkatkan pengeluaran minyak mentah / Amni Haslinda Alpandi, Nurul Badriyah Ali and Amirah Anuar. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (1): 7. pp. 1-17. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Allah menciptakan segala sesuatu untuk memudahkan urusan hidup manusia dan membuktikan kekuasaan-Nya. Salah satu tanda kehebatan kuasa-Nya adalah Allah menciptakan air yang dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah dalam bidang kejuruteraan petroleum. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis manfaat air dalam meningkatkan pengeluaran minyak mentah melalui kajian integrasi antara ilmu al-Quran dan bidang kejuruteraan. Penelitian ayat-ayat alQuran berkaitan air hujan telah dilakukan melalui kaedah kualitatif dengan mengumpulkan ayat-ayat berkaitan hujan dalam al-Quran dan menganalis terjemahannya melalui penafsiran ulama terdahulu. Tafsir Fi Zilal alQuran karangan Sayyid Qutb digunakan sebagai sumber primer bagi pengkaji meneliti makna serta memahami isi kandungan ayat-ayat berkenaan. Hasil dapatan juga disokong oleh bukti-bukti saintifik dengan merujuk kepada sumber sekunder. Kajian ini menggunakan metod analisis deskriptif yang melibatkan analisis induktif dan deduktif. Pengkaji mendapati air hujan yang turun ke bumi akan menyerap ke dalam tanah dan disimpan sebagai air bawah tanah. Air ini kemudiannya digunakan dalam bidang kejuruteraan petroleum melalui kaedah suntikan air pada telaga suntikan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah pada telaga pengeluaran. Tulisan ini dapat membuka kaca mata setiap Muslim tentang ruang penafsiran al-Quran yang luas bagi meyakinkan hati mereka bahawa al-Quran adalah satu mukjizat yang tidak bertentangan dengan teori-teori sains.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alpandi, Amni Haslinda
amnihaslinda@gmail.com
Ali, Nurul Badriyah
nurulbadriyah@uitm.edu.my
Anuar, Amirah
amirahanuar37@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
T Technology > TA Engineering. Civil engineering
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 1
Page Range: pp. 1-17
Keywords: Air hujan, al-Quran, Fi Zilal al-Quran, minyak mentah, suntikan air
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91877
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91877.pdf] Text
91877.pdf

Download (547kB)

ID Number

91877

Indexing

Statistic

Statistic details