Abstract
Etnik Bugis adalah salah satu etnik yang unik yang mendiami Malaysia. Etnik Bugis secara am dikenali dengan kemahiran di dalam lautan seperti belayar. Menerusi zaman Kesultanan Melayu Melaka mereka sangat dikenali dengan sifat pahlawan yang digeruni oleh masyarakat. Etnik Bugis mempunyai adat dan tradisinya yang tersendiri. Seperti masyarakat lain juga, mereka mempunyai loghat, pakaian tradisi, rumah tradisi, senjata dan makanan tersendiri. Masyarakat Bugis pada asalnya berasal daripada Sulawesi Indonesia. Pada zaman dahulu, terdapat lima saudara daripada Sulawesi telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orang yang memperluaskan adat budaya masyarakat Bugis di Tanah Melayu. Nama mereka dikenali dengan Daeng Chelak, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Parani. Masyarakat bugis secara am nya lebih dikenali dengan aktiviti adalah kehidupan mereka iaitu belayar, mengembara, berdagang dan merantau. Mereka berhijrah dari Sulawesi ke Tanah Melayu adalah disebabkan penjajahan Belanda di Indonesia. Terdapat dua tahap perpindahan masyarakat Bugis ke Tanah Melayu. Yang pertama adalah pada kurun ke 16 akibat penjajah. Perpindahan tahap kedua disebabkan oleh kerana pada masa itu Sulawesi dilanda kemiskinan dan gejala sosial yang serius. Di samping itu juga, di Tanah Melayu mempunyai banyak peluang pekerjaan dan pembukaan tanah yang menjamin hidup etnik Bugis yang lebih selamat di Tanah Melayu
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aziman, Nur Hanani UNSPECIFIED Hanafiah, Siti Shuhada UNSPECIFIED Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED Samsudin, Ahmad Zam Hariro UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Indexes (General) H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 44-52 |
Keywords: | Masyarakat Bugis, maritim, pahlawan, Sulawesi, Daeng |
Date: | April 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91840 |