Abstract
Penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting untuk dikuasai oleh semua orang. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa, sains, perdagangan, akademik dan pengiklanan. Namun kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dalam kalangan Pendidik Masyarakat di parlimen ini didapati masih berada pada tahap lemah kerana kurang motivasi, gemar menggunakan bahasa ibunda dan kurang penglibatan dalam aktiviti Berbahasa Inggeris. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan Modul Interaktif Speak Up Booster dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris di kalangan Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Tenggara. Objektif ini dirangka untuk menjawab satu persoalan kajian iaitu apakah kesan Modul Interaktif Speak Up Booster dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris di kalangan Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data untuk kajian ini diperolehi melalui pemerhatian pra-pasca dan soal selidik. Data dianalisis dan diterjemahkan di dalam bentuk naratif. Hasil kajian menunjukkan selepas menggunakan Modul Interaktif Speak Up Booster terdapat perbezaan pencapaian kemahiran bertutur pendidik dalam Bahasa Inggeris. Cadangan kajian seterusnya adalah dengan memfokuskan kepada kemahiran menulis pendidik masyarakat dalam Bahasa Inggeris. Modul Interaktif Speak Up Booster merupakan pembelajaran interaktif yang akan membantu meningkatkan kemahiran bertutur para pendidik dalam Bahasa Inggeris.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Hasnah hasnahmastersutm@gmail.com |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking |
Journal or Publication Title: | TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023) |
Page Range: | pp. 83-84 |
Keywords: | Bahasa Inggeris; Interaktif; Kemahiran Bertutur |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91353 |