Pameran maya: ulam-ulaman Malaysia: khazanah alam / Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka

UiTM Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2021) Pameran maya: ulam-ulaman Malaysia: khazanah alam / Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka. Other. Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka. (Submitted)

Abstract

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Di Malaysia terdapat lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering dan dan kerdas. Berikut adalah senarai ulam yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu. Ulam-ulaman ialah sayuran atau tumbuhan berdaun yang dimakan mentah atau sekadar dicelur. Ulam biasanya mudah dijumpai dan didapati di sekitar rumah sahaja. Pokok-pokok ulam juga mudah untuk ditanam dan dijaga. Kebiasaannya, ulam dimakan bersama sambal belacan dan nasi putih. Selain dimakan sahaja, ulam juga boleh dibuat kerabu dan sayuran. Ulam diambil dari pelbagai bahagian pokok yang boleh dimakan seperti pucuk, batang, ubi, buah, biji dan bunga. Ulam-ulaman mengandungi pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Dapat kita lihat pada generasi lama masyarakat Melayu yang mengamalkan memakan ulam, tubuh badan mereka sentiasa sihat dan kurang penyakit.

Metadata

Item Type: Monograph (Other)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Halal food
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bandaraya Melaka Campus
Related URLs:
Keywords: Pameran maya; PTAR Melaka; Ulam-ulaman
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91211
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91211.pdf] Text
91211.pdf

Download (57MB)

ID Number

91211

Indexing

Statistic

Statistic details