Abstract
Penyelidik telah menjalankan analisis tentang keperluan dan cabaran dalam aktiviti yang menarik minat kanak-kanak dalam membaca di TASKA. Objektif Kajian ini adalah bertujuan untuk melaksanakan E-Library Innovation sebagai salah satu platform perpustakaan maya untuk mengakses buku cerita digital sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk meningkatkan jumlah buku sediada di TASKA disamping dapat meningkatkan minat membaca kanak-kanak TASKA. Kajian ini meliputi pemerhatian secara kualitatif terhadap meningkatkan minat membaca kanak-kanak, meluaskan akses pembacaan buku serta tiada keterbatasan bahan bacaan yang pelbagai dan berinteraktif. Dalam kajian tindakan ini, penyelidik telah mengenal pasti keperluan dan matlamat yang jelas untuk memperkenalkan dan melaksanakan E-Library Innovation sebagai alat pembelajaran yang inovatif seiring dengan pembelajaran di era digital dan berteknologi masa kini. Seterusnya, penyelidik memilih platform E-Library Innovation yang sesuai dengan keperluan dan ketersediaan teknologi masa kini serta mengikuti peredaran dan perkembangan penyelidikan semasa. Proses perlaksanaan melibatkan penyertaan penyelidik di TASKA dan juga kanak-kanak TASKA. Penyelidik terlibat dalam pemilihan & pencarian buku cerita yang bersesuaian elalui laman sesawang yang diperakui serta penyelidik juga membangunkan E-Library Innovation tersendiri berserta buku cerita yang bersesuaian dengan menggunakan aplikasi sedia ada di internet iaitu Canva dan Anyflips. Penggunaan platform E-Library Innovation telah diperluaskan kepada kanak-kanak TASKA dan perkara ini membantu penyelidik untuk lebih aktif dalam menyediakan bahan-bahan yang lebih berinteraktif dan menarik sewaktu aktiviti rutin bercerita di TASKA. Selain itu, penyelidik telah memberi pendekatan terkini yang lebih cepat dan berinformasi kepada kanak-kanak di TASKA. Hasil kajian ini diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan TASKA milik KEMAS di Malaysia, dengan harapan dapat meningkatkan minat dalam penggunaan E-Library Innovation yang lebih meluas untuk kanak-kanak.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rahmat, Nurul Aina nurulainarahmat@gmail.com.my |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking |
Journal or Publication Title: | TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023) |
Page Range: | pp. 27-28 |
Keywords: | Rak Buku Maya |
Date: | October 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90940 |