Abstract
Penyakit influenza adalah penyakit yang tidak asing lagi di Malaysia. Influenza, juga dikenali sebagai flu, adalah penyakit virus yang menyebabkan gejala seperti demam, selsema, batuk, sakit tekak, keletihan, dan mungkin komplikasi serius pada system pernafasan. Virus influenza adalah penyakit yang sangat mudah tersebar melalui titisan air dari hidung dan mulut individu yang dijangkiti. Oleh itu, individu yang dijangkiti influenza boleh menjangkiti orang lain, terutamanya dalam tempoh 1 hingga 2 hari sebelum mereka mula bergejala. Terdapat tiga jenis virus influenza utama yang menyebabkan penyakit pada manusia iaitu A, B, dan C. Setiap jenis ini mempunyai beberapa subjenis dan strain yang berbeza, dan ianya juga boleh mengalami perubahan sepanjang masa.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusoff, Siti Nor Hafiza UNSPECIFIED Najihah Alias, Asmawati @ Fatin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Virus influenza, hidung, mulut, demam, selsema, batuk, sakit tekak, keletihan |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90429 |