i-Jawi: meningkatkan kemahiran mengenal huruf Jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun 1 / Nur Fatin Safiqa Masrial ... [et al.]

Masrial, Nur Fatin Safiqa and Sabirin, Noorhasimah and Ahmad, Zulqurnain and Omar, Asran and Che Ahmad, Mohamad Syafiq and Abdul Muis, Irwan Firdaos (2023) i-Jawi: meningkatkan kemahiran mengenal huruf Jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun 1 / Nur Fatin Safiqa Masrial ... [et al.]. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Inovasi ini dicipta bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf jawi tunggal dalam kalangan murid-murid dengan lebih menarik. Penguasaan jawi dalam kalangan murid-murid masih lemah kerana murid masih tidak mengenali huruf jawi tunggal. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun 1 dari SK Ulu Dusun, Sandakan Sabah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan hasil kerja murid, ujian pra, temubual dan juga pemerhatian. Hasil tinjauan mendapati murid masih tidak dapat mengenal 37 huruf jawi tunggal seterusnya menyukarkan mereka untuk membaca dan menulis perkataan jawi. Bagi menangani masalah yang dihadapi, Kumpulan Mim i- Team (Murabbi, Muddaris, Muallim, Muaddib, Mursyid) innovation team telah memperkenalkan i- Jawi iaitu aplikasi interaktif Jawi yang digunakan oleh murid-murid tahun 1 sekolah rendah kebangsaan. Penggunaan aplikasi i-Jawi dapat melahirkan murid Celik IT selaras dengan teras utama Pendidikan KPM iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan i-Jawi ini telah meningkatkan prestasi mengenal huruf jawi tunggal dalam kalangan murid. Penggunaan i-Jawi telah memberi impak yang positif dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Penggunaan i-Jawi boleh dijadikan salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah kebangsaan kerana ianya merupakan asas kepada bidang jawi. Selain itu, aplikasi i-Jawi yang interaktif sangat membantu menarik minat murid untuk belajar dengan tekun seterusnya mencintai tulisan jawi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Masrial, Nur Fatin Safiqa
sekolah-6844@moe-dl.edu.my
Sabirin, Noorhasimah
UNSPECIFIED
Ahmad, Zulqurnain
UNSPECIFIED
Omar, Asran
UNSPECIFIED
Che Ahmad, Mohamad Syafiq
UNSPECIFIED
Abdul Muis, Irwan Firdaos
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Office of Research and Industrial, Community and Alumni Networking
Journal or Publication Title: TEACHING IDEASTEACHING AND LEARNING POSTER IDEAS (TALPI 2023)
Page Range: pp. 43-44
Keywords: huruf jawi tunggal; i-Jawi; interaktif
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90211
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90211.pdf] Text
90211.pdf

Download (4MB)

ID Number

90211

Indexing

Statistic

Statistic details