Abstract
Kehidupan mahasiswa bukan hanya berkisar perjalanan di dalam kampus dan pembelajaran di antara pensyarah dan rakan-rakan, namun lebih dari itu. Pendekatan membawa keluar dari kehidupan di dalam kampus bagi mendekati masyarakat mampu membina sifat kebersamaan dalam diri mahasiswa dan menjadikan mereka semakin matang. “Program kemasyarakatan Sepakat Membawa Ummah” yang diadakan di Masjid Kampung Selaru, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bersama-sama penduduk sekitar berlangsung pada 7 Januari 2023 telah dianjurkan oleh Kokurikulum Khidmat Masyarakat II, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Program yang berlangsung separuh hari melibatkan seramai 29 mahasiswa diiringi seorang jurulatih Kokurikulum Khidmat Masyarakat II. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran terutamanya kepada mahasiswa mengenai kepentingan penjagaan rumah ibadah tanpa mengira agama dan kepentingan menjaga kebersihan dari segi jasmani dan rohani. Aspek kebersihan adalah gambaran sebenar keperibadian seseorang dan perlu dititikberatkan di dalam kehidupan seharian tidak kira dimana kita berada. Mahasiswa juga dapat mengenali dan mengeratkan silaturrahim yang baik antara masyarakat setempat serta memupuk sifat tanggungjawab dalam jati diri mereka dalam merancang, melaksanakan dan memimpin program supaya berjalan dengan lancar. Di samping itu, program ini juga mengukuhkan sikap kerjasama mahasiswa untuk bekerjasama secara berkumpulan serta memainkan peranan masing-masing secara aktif dalam menjalankan program ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shafie, Siti Aishah UNSPECIFIED Che Mohamed, Che Norhalila UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ICAN |
ISSN: | 2811-3802 |
Keywords: | Mahasiswa, cakna, rumah ibadah, UiTM, Negeri Sembilan, Seremban |
Date: | November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90116 |